Saturday, August 18, 2018

Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah Siber.

Edit Posted by with No comments


Isu pada harini ialah jenayah siber, mesti ramai yang pernah dengar atau mengalami sendiri jenayah siber kan? jom kita sama-sama atasi jenayah siber yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi di negara kita , dibawah merupakan cara-cara mengatasi jenayah siber... Jom baca! 😍😍😍


πŸ” Setiap komputer perlu ada Antivirus tidak kira berbayar atau percuma kerana ia penting untuk melindungi komputer. Contohnya, Avira, Kaspersky dan AVG.

πŸ“΅ Hidupkan Spam Blocker. Kebanyakkan penyedia internet menyediakan fungsi spam blocker untuk mencegah mesej-mesej yang tidak diperlukan seperti spam dan phishing email masuk ke inbox.

πŸ’° Jika membuat pembelian secara dalam talian (online), proses pembayaran perlu selamat. Contohnya transaksi antara bank perlu dalam format https:// atau TRUSTe atau VeriSign.

πŸ“§ Tinggalkan sahaja email spam dalam akaun email. Spam yang telah dianalisa oleh penyedia email seperti Gmail dan Yahoo Mail adalah 99.99% tepat. Cubaan membaca dan percaya pada email spam adalah satu tindakan kurang bijak.

πŸ” Jangan pasang Toolbar atau perisian yang kita muat turun dari internet tanpa mengetahui tujuan perisian tersebut. Bimbang ianya adware yang cuba mencuri data peribadi secara senyap.

πŸ“ Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber dengan penerapan di bangku sekolah, penerapan kepada masyarakat melalui media massa dan media elektronikmemberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak drpd menjadi mangsa dan melahirkan masyarakat celik teknologi maklumat.

πŸ“ž Pemantauan pihak berkuasa di alam siber. Contohnya, pihak pdrm meronda di internet melalui unit ‘cyber crime’(jenayah siber) bukit aman untuk membanteras jenayah siber di laman sosial spt facebook, twitter. Antara ancaman di laman sosial adalah seperti ugutan dan propaganda perkauman.

πŸ”” Gunakan perisian keselamatan sehingga tarikh adalah penting untuk memastikan perisian keselamatan anda terkini. Rawatan ini akan mentakrifkan semula ancaman jenayah siber dan virus yang belum ditakrifkan dalam versi terdahulu.

πŸ“΄ Dinasihatkan untuk menukar kata laluan, sama ada secara berkala atau secara rawak. Buat Kata Laluan yang sangat sukar seperti memasukkan campuran huruf kecil, nombor dan nombor besar pada setiap akaun anda untuk menguatkan kata laluan.

πŸ“¦ Untuk mengekalkan keselamatan harus memohon tiga program, iaitu antivirus, antispyware, dan firewall. Antivirus pasti menyimpan peranti komputer anda daripada virus yang semakin beragam hari. Antispyware berfungsi untuk melindungi data pengguna supaya tidak ada yang dapat merosakkan atau menjejaki tabiat anda dalam talian. Firewall adalah sistem atau peranti yang membolehkan trafik rangkaian yang dianggap selamat untuk dilalui dan mencegah lalu lintas rangkaian yang tidak selamat.

πŸ“₯ Pengguna komputer harus mempunyai salinan dokumen peribadi mereka, sama ada foto, muzik, atau apa-apa lagi. Ini bertujuan agar data anda masih tetap boleh diselamatkan bila sewaktu-waktu berlaku kecurian data atau ada kesalahan pada sistem komputer anda.



πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜ Sekian Terima Kasih πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜

0 comments:

Post a Comment