Thursday, August 23, 2018

Undang - Undang Siber? Harus Ambil Tahu!

Edit Posted by with No comments
Tanpa membuang masa mari kita kenali dengan lebih mendalam jenis - jenis udang -undang siber agar tidak susah dikemudian hari.



Adakah anda merupakan mangsa jenayah siber tanpa disedari???

undang-undang jenayah siber boleh dikategorikan dalam 5 kategori tetapi yang paling diketahui masyarakat adalah akta jenayah komputer 1997 (akta 563). antara kesalahan yang boleh disabitkan dalam akta jenayah komputer 1997 ialah :

KESALAHAN
1. Capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer 2. Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut 3. Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer 4. Komunikasi salah 5. Pensubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan 6. Anggapan

Jadi, jika anda pernah menjadi mangsa, maka segeralah bertindak demi kebaikan sendiri.

Statistik jenayah siber meningkat!

Edit Posted by with No comments
Pada zaman arus kemodenan ini laman sosial menjadi jambatan penghubung bagi ramai pengguna. Namun terdapat banyak keburukkan disebalik segala kebaikkan penggunaan laman media sosial.
Antara jenayah yg acap kali berlaku adalah buli siber dan kes penipuan internet yang semakin berleluasa. Mari kita terokai di bawah....








Apa yang harus dilakukan apabila menjadi mangsa?

Edit Posted by with No comments
langkah yang harus diambil apabila menjadi mangsa penyalahgunaan internet yang tidak beretika pertama adalah menjaga maklumat peribadi dengan tidak mudah berkongsi apa apa maklumat peribadi di laman sosial. Maklumat yang lebih berharga dalam pangkalan data laman web anda, semakin besar kemungkinannya untuk disasarkan. Sekiranya rekod anda termasuk maklumat sensitif atau kewangan yang boleh memudahkan penipuan, pangkalan data anda akan lebih menarik kepada penggodam yang boleh menggunakan atau menjual maklumat ini untuk keuntungan kewangan.

Langkah seterusnya, tukar kata laluan dengan lebih kerap. mangsa harus lebih berwaspada ketika melayari internet dengan memasang perisian anti virus dan tidak mudah terpedaya dengan scammer.

Mangsa haruslah membuat salinan fail atau data backup dengan lebih kerap agar data dapat dipulihkan. Selain itu, mangsa perlu mengenalpasti lebih lanjut tentang jenis serangan berbahaya seperti trojan.

Monday, August 20, 2018

Teknologi Mempunyai Keburukkan dan Kebaikan Ke?!?

Edit Posted by with No comments
😱Ramai mungkin tidak tahu bahawa teknologi yang serba canggih memerangi arus kemodenan ini juga mempunyai kebaikan dan keburukkan juga! Mari kita terokai sama-sama apa kebaikan dan keburukkan yang kita dapat sebagai pengguna... 😱

πŸ’– Antara Kebaikannya ialah :

PELAJARAN
  • mencari maklumat tentang subjek yang dipelajari.
  • mencari maklumat sekolah atau institusi yang diingini.
  • dapat menyiapkan kerja kursus dengan kemudahan internet yang diberikan.
PEMBELIAN @ PERDAGANGAN SECARA ATAS TALIAN
  • ramai sudah pengguna memanfaatkan teknologi internet dengan mencari rezeki di atas talian.
  • selain itu, membayaran bil, saman dan lain-lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan internet sahaja.
PEKERJAAN
  • dapat mencari dan menyemak peluang pekerjaan terkini.
  • munggunakan internet untuk menghantar maklumat penting seperti resume.
  • contohnya www.spa.gov.my/

πŸ’” Antara keburukkannya ialah :

KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT

TERLALU LEKA

TIADA KESELAMATAN IDENTITI DIRI

MELAHIRKAN SIFAT MALAS

SERANGAN VIRUS @ WORMS @ MALWARE

TERDAPAT BAHAN-BAHAN LUCAH 

Apa Itu Jenayah Siber???

Edit Posted by with No comments
Jenayah siber mempunyai kesan yang tersendiri tanpa disedari masyarakat. Jom baca....πŸ”—

πŸ’Ÿ Definisi jenayah siber adalah sebagai satu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahan di sisi undang undang.

πŸ’Ÿ Antara contoh jenayah siber adalah:
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim Cepat Kaya
9. Pornografi
10. Penggodam
11. Penyebaran Virus
12. Menyalurkan maklumat maklumat palsu

πŸ’Ÿ Teknologi yang semakin canggih mampu meningkatkan jenayah siber dimana seiring dan sejajar dengan arus kemodenan. Antara faktor utama yang meningkatkan jenayah siber adalah kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi yang selamat antara kalangan masyarakat.

πŸ’Ÿ Oleh yang demikian, kerajaan lah yang seharusnya memberikan peranan yang penting dalam memerangi jenayah siber dan menyedarkan penggunakan akan langkah-langkah selamat dalam penggunaan teknologi yang semakin canggih.

πŸ’Ÿ Kesannya, masyarakat akan menerima impak negatif dalam kehidupan apabila menggunakan internet. Ianya juga merupakan satu perbuatan yang boleh memalukan negara, agama dan sekaligus bangsa. Masyarakat juga akan berasa tidak selamat apabila menggunakan internet, rangkaian dan komputer.

πŸ’Ÿ Tustasnya, kita haruslah sama-sama memerangi jenayah siber demi agama bangsa dan negara.



πŸ’ SEKIAN TERIMA KASIHπŸ’

Saturday, August 18, 2018

Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah Siber.

Edit Posted by with No comments


Isu pada harini ialah jenayah siber, mesti ramai yang pernah dengar atau mengalami sendiri jenayah siber kan? jom kita sama-sama atasi jenayah siber yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi di negara kita , dibawah merupakan cara-cara mengatasi jenayah siber... Jom baca! 😍😍😍


πŸ” Setiap komputer perlu ada Antivirus tidak kira berbayar atau percuma kerana ia penting untuk melindungi komputer. Contohnya, Avira, Kaspersky dan AVG.

πŸ“΅ Hidupkan Spam Blocker. Kebanyakkan penyedia internet menyediakan fungsi spam blocker untuk mencegah mesej-mesej yang tidak diperlukan seperti spam dan phishing email masuk ke inbox.

πŸ’° Jika membuat pembelian secara dalam talian (online), proses pembayaran perlu selamat. Contohnya transaksi antara bank perlu dalam format https:// atau TRUSTe atau VeriSign.

πŸ“§ Tinggalkan sahaja email spam dalam akaun email. Spam yang telah dianalisa oleh penyedia email seperti Gmail dan Yahoo Mail adalah 99.99% tepat. Cubaan membaca dan percaya pada email spam adalah satu tindakan kurang bijak.

πŸ” Jangan pasang Toolbar atau perisian yang kita muat turun dari internet tanpa mengetahui tujuan perisian tersebut. Bimbang ianya adware yang cuba mencuri data peribadi secara senyap.

πŸ“ Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber dengan penerapan di bangku sekolah, penerapan kepada masyarakat melalui media massa dan media elektronikmemberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak drpd menjadi mangsa dan melahirkan masyarakat celik teknologi maklumat.

πŸ“ž Pemantauan pihak berkuasa di alam siber. Contohnya, pihak pdrm meronda di internet melalui unit ‘cyber crime’(jenayah siber) bukit aman untuk membanteras jenayah siber di laman sosial spt facebook, twitter. Antara ancaman di laman sosial adalah seperti ugutan dan propaganda perkauman.

πŸ”” Gunakan perisian keselamatan sehingga tarikh adalah penting untuk memastikan perisian keselamatan anda terkini. Rawatan ini akan mentakrifkan semula ancaman jenayah siber dan virus yang belum ditakrifkan dalam versi terdahulu.

πŸ“΄ Dinasihatkan untuk menukar kata laluan, sama ada secara berkala atau secara rawak. Buat Kata Laluan yang sangat sukar seperti memasukkan campuran huruf kecil, nombor dan nombor besar pada setiap akaun anda untuk menguatkan kata laluan.

πŸ“¦ Untuk mengekalkan keselamatan harus memohon tiga program, iaitu antivirus, antispyware, dan firewall. Antivirus pasti menyimpan peranti komputer anda daripada virus yang semakin beragam hari. Antispyware berfungsi untuk melindungi data pengguna supaya tidak ada yang dapat merosakkan atau menjejaki tabiat anda dalam talian. Firewall adalah sistem atau peranti yang membolehkan trafik rangkaian yang dianggap selamat untuk dilalui dan mencegah lalu lintas rangkaian yang tidak selamat.

πŸ“₯ Pengguna komputer harus mempunyai salinan dokumen peribadi mereka, sama ada foto, muzik, atau apa-apa lagi. Ini bertujuan agar data anda masih tetap boleh diselamatkan bila sewaktu-waktu berlaku kecurian data atau ada kesalahan pada sistem komputer anda.



πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜ Sekian Terima Kasih πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜